Twitter Facebook Google Plus Instagram Youtube Linkedin RSS Feed RSS Feed

PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI PEMBELIAN BAHAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

Ybrs

PENGETUA DAN GURU BESAR  

DAERAH KOTA BAHRU



PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN BAGI PEMBELIAN BAHAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19
Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas dan surat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia No. Ruj: KPM.800-4/4/11 Jld2 (100) bertarikh 14 Januari 2021 adalah berkaitan.


2. Untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012 telah menetapkan maksud belanja bagi Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Bukan Mata Pelajaran iaitu sub komponen Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun (LPBT)/Lain-lain Perbelanjaan Khas (LPK) yang disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) dan Kumpulan Wang Asrama (KWA) boleh digunakan untuk pernbelian inventori dan bahan habis guna untuk kegunaan pejabat, sekolah dan asrama.


3. Untuk makluman YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, memandangkan wabak COVID-19 masih di tahap membimbangkan, terdapat keperluan untuk penyediaan dan pembelian bahan pencegahan penularan virus tersebut seperti pencuci tangan (hand sanitizer), pelitup muka, standing thermometer, sabun dan ubat-ubatan. Kesemua bahan ini berada di bawah kategori inventori dan bahan habis guna. Sehubungan itu, pihak sekolah boleh melaksanakan pembelian bahan pencegahan penularan COVID-19 tersebut menggunakan peruntukan LPBT/LPK.


4. Sekiranya baki di dalam lajur LPBT/LPK tidak mencukupi, pihak sekolah boleh melaksanakan pindah peruntukan daripada bantuan persekolahan umum lain seperti Bantuan Geran Per Kapita (PCG) Mata Pelajaran, Bantuan Kokurikulum Sekotah (BKK), Bantuan Sukan Sekolah (BSS) dan Yuran Khas Sekolah (YKS) dengan kelulusan Ketua PTJ.


5.    Bahagian Kewangan juga sedang dalam proses penyaluran peruntukan bantuan persekolahan umum ke akaun sekolah secara berperingkat mulai bulan Januari 2021. Sekiranya peruntukan yang telah diterima masih tidak mencukupi, pihak sekolah juga boleh melaksanakan pembelian bahan pencegahan penularan COVID-19 ini menggunakan akaun Sumbangan Wang Awam (SUWA).
6. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Wan Mohd Lokman Al-Hakim b. Wan Mustapha, Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid di talian 09-7418103 / 012-9674831.
Bersama-sama ini dilampirkan surat dan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.


SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.


👉 SURAT MAKLUMAN 


Kongsi :
Sertai Kami via Email
APLIKASI ONLINE
apdm
ssdm
bantuan
APDM
SSDM
BANTUAN
TEAM KAMI
Facebook Google Plus
PELAWAT

Printfriendly