Twitter Facebook Google Plus Instagram Youtube Linkedin RSS Feed RSS Feed

INFO BANTUAN

YBrs Pengetua dan Guru Besar

Sekolah  Menengah dan Sekolah Rendah
Dearah Kota Bharu 

 


BANTUAN : INFO BANTUAN RMT DAN PSS, BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (BAP) , KWAMP DAN TAKAFUL ( TPSMP)

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.


 

1)    RMT DAN PSS

-         RMT dan PSS hendaklah dilaksanakan pada hari pertama persekolahan untuk pelajar tahun 2 – 6 (surat pelaksanaan akan diedarkan kepada setiap sekolah melalui PPD)

-      Bagi pelajar tahun 1 dan juga pelajar yang cicir (berpindah dari sekolah lain) hendaklah dilaksanakan secepat mungkin (paling lewat awal februari)

-         PPRMT sudah tidak disambung pelaksanaan

-        Sekolahyang terlibat dengan PPRMT hendaklah melaksanakan RMT seperti asal bagi pelajar dalam kategori MISKIN TEGAR sahaja.

-        Untuk PSS mohon semak dulu kotak susu sebelum diberikan kepada pelajar untuk diminum (ikut tatacara seperti yang telah ditaklimatkan sebelum pelaksanaan pada Oktober yang lepas)

-       Pihak JPN akan membuat bancian bilangan susu yang rosak dan akan dibuatpenggantian pada pembekalan akan datang.

-       Dimaklumkan pihak KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Kewangan SPK yang baharu. Mohon cetak dan baca dengan teliti.

-       SPK yang baharu disertakan

 

2)    BAP

-       Semua sekolah dikehendaki menggunakan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) yang baharu untuk pelaksanaan Bayaran Bantuan Awal Persekolahan.

-       Mohon baca dengan teliti SPK yang baharu kerana terdapat banyak perubahan daripada SPK yang lama.

-       Antaranya ialah penggunaan borang akuan terima yang baharu (Dahulunya dikenali sebagai Borang D, sekarang dikenali sebagai Borang B3)

-       SPK disertakan

-       MOHON PERHATIAN – dapatan audit BAP tahun 2020

o   Telah lewat mengagihkan wang bantuan kepada murid

o   Mengembalikan lebihan peruntukan pada 27 September 2020 kepada Bahagian Kewangan, KPM iaitu lewat selama 89 hari. Pihak Audit dimaklumkan perkara ini berlaku disebabkan pihak sekolah terlepas pandang berikutan pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

o   Murid yang menerima BAP tidak memenuhi kriteria kelayakan BAP iaitu pendapatan isi rumah melebihi RM3,000 sebulan

o   Tidak mengemukakan Borang D bagi tahun semasa kepada pihak PPD. Perkara ini berlaku disebabkan pihak sekolah telah merujuk garis panduan lama yang tidak lagi terpakai bagi pengurusan BAP tahun 2020. 

o   Murid tidak mengembalikan Borang PB1 yang lengkap

 

 

3)    KWAPM

-       Mohon sekolah mengemaskini data APDM dengan betul (terutama pendapatan ibu/bapa, bilangan tanggungan dan lain-lain perkara yang boleh menjejaskan pemberian KWAPM kepada pelajar) dan mengikut tarikh akhir pengemaskinian yang akan dimaklumkan.

-       KWAPM bagi KES-KES KECEMASAN akibat kebakaran atau kematian, Borang disertakan(sila ikut check list yang diberikan)

 

4)    TAKAFUL (TPSM)

-       Borang tuntutan TAKAFUL disertakan kepada en. Razuki

-       Sila baca dan fahamkan.


2. Bersama-sama ini dilampirkan surat dan maklumat berkaitan untuk tindakan tuan.

SILA KLIK ATTACHMENT DI BAWAH.

 

👉infoBantuan

 

Kongsi :
Sertai Kami via Email
APLIKASI ONLINE
apdm
ssdm
bantuan
APDM
SSDM
BANTUAN
TEAM KAMI
Facebook Google Plus
PELAWAT

Printfriendly