Twitter Facebook Google Plus Instagram Youtube Linkedin RSS Feed RSS Feed

PENGURUSAN DISIPLIN MURID

1. PENYATAAN DASAR

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri dengan ini membuat peraturan-peraturan yang berikut:

1. Peraturan ini boleh dinamakan Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah ), 1959 dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah selain daripada-

(a) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen 114 ( 2 ) Ordinan dan
(b) sekolah gaya pos.

2. TUJUAN

2.1 Menanam kesedaran tentang betul dan salah ke dalam diri murid, menghalang dan mengelakkan dari berkelakuan yang tidak dikehendaki, serta diikuti dengan cara larangan berkelakuan demikian bersama dengan cara mengenakan hukuman sekiranya larangan itu tidak dipatuhi. 

2.2 Menentukan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta dapat mewujudkan iklim sekolah yang kondusif

3. PELAKSANAAN DASAR

3.1 Peraturan - Peraturan Pendidikan di bawah kawalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru yang berkuatkuasa pada masa ini bagi mengawal disiplin murid adalah Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 [Education ( School Discipline ) Regulations, 1959] yang digubal di bawah Ordinan Pelajaran 1957 ( Education Ordinance, 1957 ).

3.2 Pelaksanaan Peraturan - Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah) 1959 dilaksanakan dengan berpandukan kepada

i. Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah untuk Guru Besar dan Guru ( DBP 1988 );

ii. Surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan dari masa ke semasa;

iii. Peraturan-peraturan disiplin yang digubal di peringkat sekolah.


3.3 Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1998, setelah Peraturan-Peraturan Pendidikan yang digubal di bawah Akta dan Ordinan Pelajaran dikaji dan digubal semula oleh Jawatankuasa Teknikal Penggubalan yang dianggotai oleh wakil-wakil Jabatan, Bahagian dan Penasihat Undang-Undang KPM.

3.4 Pengurusan Disiplin yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada Buku-buku Panduan Disiplin dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas seperti;

i. Buku Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah ( 1981 )
ii. Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah ( 1982 )
iii. Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru ( 1988 )
iv. Buku Panduan Disiplin Untuk Pelajar-Pelajar (1988 )
v. Buku Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah ( 1994 )
vi. Buku Panduan Pengurusan Menangani Buli di Sekolah ( 2005 )

3.5 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan pengurusan disiplin.

3.5.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968 : Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah Kerana Kelakuan Curang

3.5.2 Tambahan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1968 dan 8/1968

3.5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 : Peraturan-Peraturan ( Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959

3.5.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok

3.5.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975: Disiplin di Sekolah. Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid

3.5.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1976 : Potongan Rambut Murid-Murid

3.5.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 : Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi di Sekolah-Sekolah

3.5.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/1977 : Menganjur dan Menjual Loteri di Sekolah-sekolah

3.5.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1982 : Permainan "Pin-Table, Video Game, Game Watch"

3.5.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah

3.5.11 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1983 : Larangan Bermain Bahan-Bahan Letupan

3.5.12 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1983 : Mengenakan hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran

3.5.13 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/1985 : Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)

3.5.14 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/1986: Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

3.5.15 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 8/1988 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah

3.5.16 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 : Pemakaian Tudung/Mini Telekung bagi Pelajar-Pelajar Perempuan

3.5.17 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993 : Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah

3.5.18 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 : Pakaian Seragam Sekolah

3.5.19 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 : Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah

3.5.20 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah

3.5.21 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian

3.5.22 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 : Pelaksanaan Kuasa Hukuman dan hukuman Di Sekolah

3.5.23 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 : Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok

3.5.24 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 : Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

3.5.25 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1998 : Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah

3.5.26 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 : Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

3.5.27 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan

3.5.28 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999 : Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi dan Balik Sekolah

3.5.29 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 : Membanteras Jenayah Di kalangan Murid Sekolah

3.5.30 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

3.5.31 Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 : Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif

3.5.32 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

3.5.33 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan

3.5.34 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 : Kuasa Guru Merotan Murid

3.5.35 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 : Penggunaan Buku Log Bagi tujuan Memantau Laku Musnah ( Vandalisme ) Di kalangan Murid-Murid Sekolah

3.5.36 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2006 : Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Semua Sekolah Rendah dan Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

3.5.37 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 : Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah.

3.6 Pelaksanaan Dasar Pengurusan Disiplin (Dasar Baru)

3.6.1 Pada tahun 2004, YB. Menteri Pelajaran telah meminta agar kaedah dan pelaksanaan pengurusan disiplin murid perlu dimantapkan. Ini disebabkan latar belakang punca masalah ini adalah pelbagai. Pendekatan yang digunakan perlu secara holistik iaitu melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan yang lain, badan-badan bukan kerajaan, PIBG dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

3.6.2 Sehubungan dengan itu diwujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid, Kementerian Pelajaran bertujuan untuk memberi ruang kerjasama semua pihak bagi membendung masalah disiplin murid. Melalui penglibatan semua pihak, jawatankuasa ini telah dapat melaksanakan aktiviti bersama secara lebih berkesan. 

3.6.3 Pada Tahun 2004 juga dua Nota Kabinet telah dibentangkan oleh YB. Menteri Pelajaran untuk makluman Jemaah Menteri berkaitan tindakan yang sedang dan telah diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani masalah disiplin di sekolah. Pada 26 April 2006, YB. Menteri Pelajaran telah membentangkan satu memorandum kepada Jemaah Menteri berkaitan Menangani Gejala Disiplin Di Sekolah dan pelaksanaan program-program yang dirancang di bawah Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan empat Jawatankuasa Bertindak.

3.6.4 Jemaah Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPM untuk mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada semua kementerian dan agensi €“agensi kerajaan yang berkaitan terutama dalam isu-isu disiplin yang berada di luar bidang kuasa dan kepakaran Kementerian Pelajaran, malah telah memutuskan agar pertubuhan €“ pertubuhan bukan kerajaan ( NGO ), masyarakat, ibu bapa perlu dilibatkan sepenuhnya di samping penggemblengan media massa juga perlu dilakukan dalam usaha ini.

3.6.5 Empat Jawatankuasa Bertindak yang diwujudkan merupakan jawatankuasa kerja yang melibatkan pelbagai pihak dalam mendapatkan input, pandangan serta pelaksana secara menyeluruh dan holistik. Jawatankuasa Bertindak tersebut adalah;

a. Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu Di sekolah yang akan berfokus kepada aspek-aspek kurikulum, kokurikulum, personel dan pengurusan sekolah.

b. Jawatankuasa Bertindak Melalui Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan memberi perhatian khusus kepada usaha menambah baik, memperkemas dan memantapkan peruntukan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang di dalam serta di luar kawasan sekolah.

c. Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek psikologi, kesihatan dan pengurusan sekolah.

d. Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Masyarakat akan bertanggungjawab kepada perkara yang melibatkan ibu bapa dan PIBG, kementerian dan agensi lain, NGO, wakil rakyat dan pengurusan sekolah.

3.6.6 Isu disiplin murid merupakan salah satu agenda yang diberi fokus dan telah diinstitusikan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( 2006-2010 ) di bawah Teras Kedua : Membangunkan Modal Insan dalam aspek Pengukuhan Disiplin Pelajar.

4. KRITERIA PELAKSANAAN

4.1 Meningkatkan dan memantapkan program dan tindakan di bawah Jawatankuasa Induk menangani Gejala Disiplin Murid dan empat Jawatankuasa Bertindak, Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.1.1 Jawatankuasa Bertindak Menangani Isu-Isu Di Sekolah
4.1.2 Jawatankuasa Bertindak Dalam Aspek Perundangan dan Penguatkuasaan
4.1.3 Jawatankuasa Bertindak Melalui Pendekatan Psikologi dan Kesihatan
4.1.4 Jawatankuasa Bertindak Bagi Pendekatan Kemasyarakatan
4.2 Pemantapan mekanisme Pemantauan dan Data Disiplin
4.2.1 Sistem Aduan Disiplin Murid
4.2.2 Sistem Salah Laku Disiplin Murid ( SSDM )
4.2.3 Pasukan Pemantau ( Flying Squad )
4.2.4 Sistem Kawalan Disiplin Murid [ Merit de merit (e-Disiplin)] dalam proses rintis
4.3 Meningkatkan dan memperluaskan usaha permuafakatan bersama agensi luar. 
4.3.1 Agensi Kerajaan Yang lain
4.3.2 Badan Bukan Kerajaan ( NGO ) termasuk PIBG
4.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah
4.4.1 Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959
4.4.2 Penggubalan Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Disiplin Murid ) 2007
4.4.3 Jawatankuasa Disiplin Sekolah
4.4.4 Buku Panduan Pengurusan Disiplin
4.4.5 Pelaksanaan Aktiviti Berasas Sekolah ( School Base )
4.4.6 Kemahiran Guru Disiplin, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Warden Asrama

5. TARIKH KUATKUASA DASAR

Selain daripada pengekalan Surat Pekeliling Ikhtisas yang tersebut di atas, transformasi terhadap pengurusan dan pelaksanaan disiplin murid bermula pada tahun 2004.
Kongsi :
Sertai Kami via Email
APLIKASI ONLINE
apdm
ssdm
bantuan
APDM
SSDM
BANTUAN
TEAM KAMI
Facebook Google Plus
PELAWAT

Printfriendly