Twitter Facebook Google Plus Instagram Youtube Linkedin RSS Feed RSS Feed

Kemaskini Permohonan Penempatan Murid eDaftar Menerusi MPM

Guru Tahun 6 harus mengemaskini data murid mereka untuk naik ke Tingkatan 1. Sehubungan itu, sudah tentunya penggunaan eDaftar Sekolah Menengah yang betul perlu diketahui oleh guru kelas masing-masing.
eDaftar Sekolah Menengah adalah aplikasi dalam APDM bagi mendaftar data murid Tahun 6 yang akan memasuki sekolah menengah, Tingkatan satu atau kelas peralihan.
Dalam perkara ini, maklumat murid perlu dikemaskini dengan teliti agar proses murid memasuki sekolah menengah dapat dijalankan dengan lancar. Dalam proses kemaskini juga, guru memerlukan bantuan Penolong Kanan Hal Ehwal (atau guru yang dilantik sebagai Admin APDM) di sekolah.
Panduan Kemaskini Data Murid eDaftar
  • Log masuk APDM sebagai guru menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  • Laman sesawang APDM ialah http://apdm.moe.gov.my
  • Pergi ke menu Modul Pengurusan Murid.
  • Klik Murid seperti dalam gambar di atas.
  • Maklumat yang boleh dikemaskini adalah No. Kad Pengenalan, No. Angka Giliran UPSR, Nama (Mengikut Kad Pengenalan ), Alamat, No. Telefon, Status Kewarganegaraan, Anak yang ke berapa, jarak ke sekolah, Murid tinggal dengan (ibu bapa atau penjaga).
  • Selain itu, maklumat alamat murid juga boleh dikemaskini jika berkaitan.
  • Setelah selesai mengemaskini data murid, tekan butang Kemaskini untuk teruskan.
  • Seterusnya adalah data penjaga utama/ kedua atau data ibu bapa.
  • Tekan butang Kemaskini untuk menyimpan maklumat.
  • Sama dengan maklumat Kokurikulum.
  • Seperkara lagi, guru kelas boleh mengemaskini maklumat di bahagian KAD001.
  • KAD001 merangkumi maklumat seperti bahasa pertuturan di rumah, bilangan adik beradik dan tempoh tahun berkaitan.
  • Tekan Kemaskini Kad 001 untuk menyimpan maklumat selepas kemaskini.
Panduan Penggunaan eDaftar Sekolah Menengah (Admin sekolah)
  • Pelajar Tahun 6 akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) apabila memasuki Tingkatan 1/ Peralihan. Permohonan boleh dilakukan menerusi eDaftar Menengah, melalui Modul Pengurusan Murid (MPM) di APDM.
  • Admin APDM Sekolah atau Penolong Kanan Hal Ehwal Murid akan memastikan ketepatan maklumat.
Cara menggunakan eDaftar Menengah bagi Admin APDM sekolah:
  • Melawat pautan APDM, http://apdm.moe.gov.my84.
  • Log masuk menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan sebagai Admin sekolah.
  • Setelah log masuk Tekan eDaftar Menengah.
  • Pastikan Feeder School adalah betul seperti yang ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.
  • Pada ruangan Analisa Ringkas, pastikan bilangan kelas dan murid Tahun 6 adalah tepat.
  • Sehubungan dengan itu, admin sekolah menerima cadangan daripada guru kelas untuk menetapkan penempatan murid Tahun 6.
  • Nama murid yang digaris merah kerana bukan warganegara, ia kerana murid yang bukan warganegara dan pemastautin tetap (PR) tidak dibenarkan untuk menggunakan eDaftar menengah bagi membuat permohonan penempatan Tingkatan 1/Peralihan. Rujuk PPD untuk maklumat lebih lanjut.
Panduan Permohonan penempatan oleh Guru kelas eDaftar Menengah
  • Admin/PK HEM selesai mengesahkan maklumat mengenai Feeder School.
  • Kemudiannya Guru kelas perlu log masuk ke APDM menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan mereka sendiri.
  • Layari laman sesawang APDM
Kemaskini data murid edaftar mpm apdm (8)
  • Setelah berjaya log masuk, pergi ke bahagian Modul Pengurusan Murid (MPM).
  • Tekan menu eDaftar Menengah di bahagian kiri.
  • Tekan Kemaskini Permohonan untuk permohonan murid berkenaan.
  • Murid bukan warganegara tidak boleh memohon. (nama digaris merah seperti dalam gambar).
  • Seterusnya, skrin dipaparkan pemilihan maklumat iaitu, pilihan sekolahsebab pilihan ke sekolah berkenaan dan jarak dari rumah ke sekolah.
  • Guru kelas boleh nyatakan maklumat murid berkenaan supaya memudahkan jalan kerja PPD untuk membuat penempatan.
  • Juga, Tekan dropdown menu Pilihan Sekolah untuk memaparkan senarai sekolah lain selain Luar Feeder sekiranya murid berkenaan memilih untuk memohon di Luar Feeder.
  • Tambhan pula, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT) perlu diisi markah pemahaman dan penulisan untuk peralihan.
  • Maklumat tambahan juga diperlukan bagi Tahun 4 dan Tahun 5 iaitu, markah PKBS Akhir Tahun.
  • Bagi Tahun 6 pula, pengisian markah Percubaan UPSR diperlukan.
  • Selain itu, maklumat kokurikulum dikemaskini di Data Murid.
  • Untuk menghantar permohonan, tekan butang Kemaskini di bawah.
  • Setelah Kemaskini ditekan, satu paparan seperti di gambar di atas akan keluar.
  • Disitu tertera senarai murid yang memohon mengikut sekolah pilihannya.
  • Guru kelas boleh ulang proses permohonan kepada murid yang lain.
Panduan Pengesahan Permohonan dan Cetakan Surat Penempatan (Admin sekolah)
  • Setelah guru kelas menghantar permohonan penempatan, admin sekolah /PK HEM yang akan mengambil tugas untuk menyemaknya di ruangan Analisa Ringkas.
  • Tindakan Surat Tunjuk sebab akan dikenakan sekiranya gagal membuat membuat pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan.
  • PPD yang akan melulus penempatan.
  • Cetakan surat penempatan boleh dibuat oleh Sekolah rendah bagi semua murid Tahun 6.
  • Tekan butang Cetak Senarai Sepadu untuk mencetak senarai sepadu untuk simpanan pihak sekolah.
Sehingga inlah panduan kemaskini permohonan penempatan murid menggunakan eDaftar menerusi Modul Pengurusan Pelajar (MPM) dalam sistem APDM.
Kongsi :
Sertai Kami via Email
APLIKASI ONLINE
apdm
ssdm
bantuan
APDM
SSDM
BANTUAN
TEAM KAMI
Facebook Google Plus
PELAWAT

Printfriendly